Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 25, 2009

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

Oleh Al-Fadhil Ustaz Ismail Kamus

 

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati

dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah

beliau..

 

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan

dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

 

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak

makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang

berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa

penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik

utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana

memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa

sunat tersebut...hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan

tak nak?

 

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum

solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung

tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya.

Islam itu syumul (menyeluruh).

 

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan

Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung

 dengar...kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi

dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang

di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit,

orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb...buat apa nak kacau

mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh

sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi

sekampung dengar...rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat

bala...Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan

sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab

menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau

nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan

tu cukuplah..tak payah lama2...sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke

masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca n i, please advise..

 

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah

disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam

sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu

baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

 

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul

 ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk

niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg

tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham

sahaja, pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri...Berkenaan

dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan

dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab

panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut:

Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah

sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan

takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda

menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat

dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan

solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..J adi

kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir

seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan

syaitan..

 

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa

dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin"..

Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah...ini

kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan

tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini:

"Hamdal-hamidin", "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin". (p/s:

huruf z adalah huruf zal).

 

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah

ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut

dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak

ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu

jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh

mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa

dilentikkan. Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti

diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah

standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk

tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan

disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak

diterima oleh Allah..

 

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke

rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita

selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah

lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana

Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

 

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang,

contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah

kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk

solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat

ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang

utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2

sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R

ramai orang camni..

 

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena

pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi

haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos

perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit

tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

 

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah,

kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg

lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat

ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan

tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah

tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat

asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika

utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri

oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2

nak qada tak boleh..

 

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun

keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal

mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja,

malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

 

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak

dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa.....

Renung-renungkanlah..

Jumaat, Jun 19, 2009

PADA YANG KECIL ITU ADA BARAKAH

Tazkirah Jumaat.....

Dipetik diterima dari email sahabat handai......


PADA YANG KECIL ITU ADA BARAKAH

 
"Memasak Pun Boleh Jadi Tazkirah, Andai Celik mata Hati"

 
Hasrizal, malam ini kamu gorengkan ayam boleh tak?, Fatih bertanya.

 
Goreng cara Turki, atau cara Malaysia ?, saya bertanya dengan nada gurau.

 
Kalau cara Turki, baik saya sendiri sahaja yang melakukannya. Saya ini

tidaklah sejahil yang kamu semua sangkakan, Fatih cuba mempertahankan

kelemahan dirinya yang tidak mahir di dapur. Faruk dan Hasan turut ketawa.

 
Setiap kali saya berkunjung ke Istanbul , Fatih mesti akan meminta saya

menggorengkan ayam ala Malaysia . Sebenarnya, ayam goreng ala Malaysia yang

dia maksudkan itu hanyalah ayam yang digoreng dengan serbuk kunyit serta

secubit garam. Kalau orang Turki, ayamnya tidak digoreng begitu. Mereka

lazim menggoreng ikan dan ayam dengan tepung gandum bercampur tepung beras

dan sedikit serbuk lada putih.

 
Syukur Alhamdulillah, persahabatan saya dengan Fatih dan rakan-rakan yang

lain memberikan peluang kepada kami untuk belajar banyak perkara baru.

Seperkara tentang orang Turki yang menarik perhatian saya adalah sikap

mereka yang cermat terhadap perkara-perkara yang kecil dan halus.

Kadang-kadang pada kita, hal seperti ini tidak mempunyai sebarang

signifikasi, tetapi bagi orang Turki, mereka cukup mengambil berat

mengenainya.

 
Saya masih ingat, semasa yang bertandang ke rumah Mahmud Bilici, rakan baik

saya semenjak di Jordan. Beliau merupakan pelajar Turki yang disegani oleh

rakan-rakan Turki yang lain di Amman. Mungkin sifat rendah diri, keluasan

ilmu dan kefasihan Bahasa Arab yang dituturkannya, menjadikan beliau begitu

karismatik seawal hari pertama saya bertemu dengan Mahmud.

 
Saya bertandang ke rumah Mahmud yang terletak di Draman. Ia tidak jauh dari

Masjid Ismail Camii yang menjadi markaz Tarikat Naqsyabandiyyah di

Istanbul . Malam itu sebelum kami melelapkan mata, saya meminta segelas air

masak untuk membasahkan tekak. Mahmud mengambil cawan yang tersimpan di rak

pinggan, membasuhnya terlebih dahulu sebelum diisi dengan air yang diminta.

 
Saya kagum dengan ketelitian Mahmud. Kalau saya, mungkin cawan yang sudah

sedia bersih itu akan terus diisi dengan air masak. Tetapi Mahmud

membilasnya dengan air terlebih dahulu sebelum diisi dengan air masak.

Orang Turki memang pembersih.

 
Saya juga selalu melihat tong sampah di lokasi pembuangan sampah di

Istanbul diberus dan dibersihkan oleh pekerja Istanbul Yehir Belediyesi

(Dewan Kota Metropolitan Istanbul) dengan berus dan air. Wah, tong sampah

pun mesti bersih dan kemas!

 
Kebersihan rumah kawan-kawan Turki juga sentiasa mengagumkan saya. Walaupun

ada di kalangan mereka yang merokok, rumah bujang perokok mereka juga masih

bersih. Buku-buku tersusun rapi, pakaian elok terletak, malah bilik mandi

dan tandas juga tidak pernah bercampur. Kebanyakan rumah di Istanbul ,

mempunyai sekurang-kurangnya dua bilik air. Maka satu digunakan untuk mandi

manda dan satu lagi dikhususkan untuk buang air. Bilik mandi pula lazimnya

berkarpet dan saya belajar untuk mandi dan berwudhu tanpa membasahkan

karpet itu. Hmm, agaknya kalau ada orang Turki yang bergaduh laki bini,

tidur dalam bilik air pun masih okay lagi.

 
Saya kira, kebersihan yang terbit dari iman, memang benar-benar dapat

dirasakan di Turki.

 
Kalau di masjid, berhati-hati. Anda mungkin akan diminta keluar oleh orang

masjid sekiranya anda masuk ke masjid dengan stokin yang tidak molek.

Apabila anda keluar dari pintu masjid, junjung kedua-dua pasang kasut anda

ke atas kerana orang Turki tidak mahu kasut yang dijinjing menyentuh

pakaian orang lain.

 
Tidak lupa, di sesetengah masjid, seperti yang pernah saya lihat di Bursa ,

akan dikhususkan masa sekitar jam 10 pagi untuk kaum ibu sahaja. Mereka

datang ke masjid untuk mengelap dinding, anjung tingkap, tiang dan perabot

masjid, agar sentiasa bersih dan kemas. Saya belajar bagaimana tuntutan

iman menjadi corak hidup, semasa saya di Turki.

 
Malah soal teliti mereka dengan perkara-perkara yang sering dipandang

ringan oleh sesetengah kita, mempunyai akar umbi yang panjang di era Islam

Othmaniyyah.

 
Sultan Suleyman al-Qanuni yang memerintah Khilafah Othmaniyyah dari tahun

1520 - 1566 telah memberikan contoh yang sama. Semasa beliau mengeluarkan

belanja sendiri membina Masjid Suleymaniye di Istanbul, Sultan Suleyman

telah mewajibkan semua pekerjanya bekerja membina masjid itu dalam keadaan

berwudhu. Tentunya ia tidak ada dalam rukun membina masjid. Tetapi ada

sesuatu yang ingin dicapai oleh baginda. Sultan Suleyman akan memecat

sesiapa yang diketahuinya tidak mematuhi syarat tersebut.

 
Apakah yang terhasil daripada ketelitian Sultan Suleyman terhadap

perkara-perkara kecil begitu? Jawapannya adalah BARAKAH.

 
Masjid Suleymaniye pernah ditutup di zaman Ataturk dan dijadikan kandang

kuda. Ia pernah dicemar hingga ke tahap itu. Tetapi hari ini, apabila saya

bersolat di Suleymaniye Camii, saya mendapat suatu rasa yang sukar

diungkapkan dengan kata. Tenang, tenteram, rasa mahu dan mahu menambah

ibadah, pelbagai perasaan yang positif itu mungkin datang dari sebuah

masjid yang ada barakah. Masjid yang dibina dengan mengambil kira soal

remeh-temeh yang hari ini tidak kita pedulikan.

 
Jauh benar bezanya masjid itu dengan masjid kita yang mimbarnya pun

kekadang dibina oleh tangan-tangan penyembah berhala!

 
Soal orang Turki yang teliti dengan perkara-perkara yang halus ini,

mengingatkan juga saya kepada perbualan bersama Pakcik Mehmet, ayah Fatih,

semasa kami bercuti di Bolvadin.

 
Pakcik, saya ingin bertanya sesuatu tentang nama pakcik. Bolehkah?, saya

bertanya kepada Pakcik Mehmet, ayah Fatih.

 
Tentu sahaja, nak. Tanyalah. Kenapa pula dengan nama pakcik?, ayah Fatih

sedikit terkejut dengan permintaan saya.

 
Saya terfikir, orang Turki ramai yang bernama Mehmet seperti pakcik. Saya

kira Mehmet itu bermaksud Muhammad, kan ?, saya bertanya.

 
Betul. Mehmet bermaksud Muhammad. Kenapa, Hasrizal?, tanya Pakcik Mehmet

kepada saya.

 
Jika nabi kita, nama baginda disebut Muhammed. Hazreti Peygamber Muhammed.

Mengapa nama Rasulullah disebut Muhammad sedangkan nama pakcik disebut

Mehmet?, saya cuba mencari penjelasan dari pakcik.

 
Oh, itu rupanya soalan kamu. Setahu pakciklah, nama Muhammad itu kami

khususkan hanya pada baginda Rasulullah SAW. Bukan apa. Kalau kami namakan

anak-anak kami sebagai Muhammad, nanti kalau mereka buat hal, tercemar pula

nama Rasulullah, kata Pakcik Mehmet.

 
Tercemar macam mana tu?, saya kurang faham apa yang Pakcik Mehmet

maksudkan.

 
Bayangkan, kalau si Fatih ni pakcik namakan Muhammad. Tiba-tiba dia mencuri

buah epal jiran sebelah. Nanti apa kata orang kampung? Isy, jahat sungguh

Muhammad tu. Curi epal jiran! Hah, kan tak elok, perbuatan mencuri

dinisbahkan kepada nama semulia Muhammad!, Pakcik Mehmet begitu bersemangat

bercerita kepada saya.

 
Terlopong saya dibuatnya!

 
Begitu sekali mereka mengambil kira soal sekecil ini. Maka amat tidak

benarlah apa yang pernah ditulis oleh seorang penulis di dalam akhbar di

tanah air. Sekembalinya beliau dari lawatan di Turki, beliau menulis dan

menyentuh secara khusus isu nama Mehmet ini. Katanya, orang Turki sudah

terlalu sekular sehingga hendak menyebut nama Rasulullah pun sudah tidak

mampu. Sudah pelat, katanya.

 
Walhal pemikiran penulis itu yang pelat! Menafsirkan budaya orang lain

dengan pandangan sendiri. Mujur artikelnya di dalam Bahasa Malaysia . Kalau

dibaca oleh orang Turki, tentu tersinggung hati mereka dengan persepsi kita

seperti itu.

 
Ayam sudah siap terhidang.

 
Lama pula saya mengelamun. Pelbagai perkara yang mengimbau ingatan saya

sambil memasak di dapur. Kebetulan Fatih, dan rakan-rakan yang lain sedang

sibuk menelaah pelajaran untuk peperiksaan akhir semester. Saya sudah

selesai menjalani peperiksaan yang sama di Jordan dua minggu lalu.

Kehadiran saya ke Turki sekurang-kurangnya dapat membantu kawan-kawan saya

ini belajar dengan lebih baik. Biar soal makan minum, saya bantu seadanya.

 
Fatih, Islam, Hasan, Faruk, Osman, marilah makan!, saya menjerit memanggil

mereka yang khusyuk di meja membaca masing-masing.

 
Setiap kali makan, kami akan membentangkan dua keping surat khabar lama.

Tujuan utamanya adalah untuk memastikan sisa makanan tidak jatuh ke karpet.

Akan tetapi, malam itu perhatian saya terpaut kepada tindak-tanduk rakan

saya ketika makan, terutamanya Islam. Setiap kali beliau mematahkan roti,

beliau akan melakukannya di atas mangkuk nasi. Seandainya masih ada

serbuk-serbuk dari kulit roti itu bertaburan di atas lapik, Islam akan

mengumpulkannya untuk dimakan. Tidak ada langsung sisa makan yang terbuang.

 
Islam, saya suka tengok cara awak makan. Tidak ada yang tersisa langsung.

Berkat, berkat...!, saya memuji Islam.

 
Betul Hasrizal. Ia soal keberkatan. Walaupun macam-macam yang kita makan,

kita tidak tahu pada bahagian mana makanan kita yang Allah pilih sebagai

asbab untuk-Nya menurunkan barakah, kata Islam.

 
Ya, apa yang Islam katakan itu memang benar. Ia mengingatkan saya kepada

sepotong hadith Nabi SAW:

 
Dari Jabir, beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Apabila sesiapa dari

kalangan kamu makan, dan jatuh sejemput dari tangan, maka bersihkanlah

habuk yang terlekat pada makanan itu dan hendaklah dia memakannya. Jangan

tinggalkan bahagian itu untuk syaitan. Dan janganlah dibersihkan tanganmu

dengan kain pengelap sehingga dia telah menjilat (jari-jari)nya.

Sesungguhnya seseorang itu tidak tahu pada bahagian manakah makanannya yang

diberkati Allah.

 
Islam telah mengingatkan saya kepada pelajaran yang amat berharga. Pakcik

Mehmet juga telah mengingatkan saya tentang ilmu yang berguna. Jangan

pandang kecil, selagi ia berupa satu kebajikan dan kebaikan. Penilainya

adalah Tuhan, Allah yang menilai amal pada harga sebuah iman. Jangan

tangguhkan kebaikan yang kecil semata-mata mahu menunggu peluang amal yang

besar.

 
Itu di Turki.

 
Hal ini juga mengingatkan saya kepada peristiwa semasa saya berjamu makan

di rumah Pak Anjang saya di Baker Street , London . Pagi itu, kebetulan Pak

Ngah sekeluarga datang dari Malaysia . Maka kami semua berkumpul di rumah

Pak Anjang. Rumah di Baker Street ini Pak Anjang belikan untuk anaknya,

Ziad yang belajar di Westminster University , di seberang jalan.

 
Saya amat kagum semasa melihat Mak Anjang memasak di dapur. Lebihan nasi

malam tadi dikumpulkannya. Kemudian kerak nasi itu pula direndam di dalam

air panas dan kemudian ditos. Semua bahagian nasi yang berlebihan malam

tadi, Mak Anjang gunakan untuk memasak nasi gorengnya. Tidak ada bahagian

makanan mana yang tersisa. Mungkin ini sebahagian daripada sikap Mak Anjang

sekeluarga yang menjadi tangga mereka membina kehidupan yang berjaya.

Walaupun sudah bertaraf jutawan, Mak Anjang dan Pak Anjang sekeluarga masih

mengambil kira soal-soal kecil seperti kerak nasi di dapur.

 
Saya amat menghargai pelajaran itu.

 
Marilah kita bersama-sama menghitung dan mengambil kira benda-benda kecil

yang kita abaikan selama ini. Mungkin pada yang kecil halus itulah Allah

menyentuh kehidupan kita dengan barakah.

 
Sebagaimana kebaikan yang kecil mungkin menjadi punca keberkatan Allah,

maka berhati-hati jugalah dengan dosa-dosa yang kita anggap kecil. Ia

menjadi punca murka Allah. Dalam setahun, mungkin seorang dua sahaja warga

negara kita yang mati dibaham harimau. Namun, jumlah yang mati kerana

gigitan seekor nyamuk, jauh berganda. Yang kecil jangan dipandang remeh,

yang besar yang disangka segala-galanya.

 
Mari luruskan saf, mari kemaskan saf, mari habiskan makanan, mari pelihara

adab dalam iman. Murahkan senyuman, banyakkanlah membuat kebaikan yang

mudah dan kecil tapi berpanjangan. Mengubah ranting dari jalan agar jangan

ada yang kesakitan, memandang wajah saudara dengan air muka manis penuh

senyuman. Banyak-banyakkan berbuat kebaikan, tidak diketahui yang mana

bakal dipilih Tuhan, jadi pemboleh ke syurga yang berkekalan.

 
Jangan pandang kecil pada RM1 yang mahu didermakan kepada mustadhafeen di

Palestin!

 
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

 
ABU SAIF