Memaparkan catatan dengan label xtvt artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label xtvt artis. Papar semua catatan

Khamis, Julai 23, 2009

Tahniah Kak Ziana!!!!!!

Ziana Zain selamat lahirkan kembar, akan berpantang 100 hari

Ziana Zain.

PETALING JAYA: Penyanyi Ziana Zain selamat melahirkan sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, sekitar pukul 10 pagi tadi.

Pengurus Ziana, Lisa Aryanti Tahir memberitahu mStar Online yang Ziana Zain telah melahirkan anak kembarnya secara pembedahan (caesarian).

Kata Lisa, "Menurut kata doktOr, Ziana sepatutnya melahirkan anaknya pada pertengahan Ogos tetapi terpaksa diawalkan kerana Ziana mengalami tekanan darah tinggi.

"Walau bagaimanapun, kedua-dua anak Ziana sihat. Anak pertama adalah bayi lelaki yang beratnya 2.1kg dan yang kedua perempuan, 1.7 kg."

Lisa berkata, suami dan keluarga Ziana berada di sampingnya ketika pembedahan itu. Kebetulan suaminya, Armin sedang bercuti.

Ketika ditanya, adakah Ziana bersedia menunjukkan wajah bayinya kepada umum, Lisa berkata, "Ziana seorang yang cukup berdisiplin.

"Gambar baby tidak akan ditunjukkan bawa masa ini. Hanya apabila dia sudah bersedia, barulah dia akan tunjukkan babynya.

"Dan Ziana akan berpantang 100 hari. Selagi dia belum habis pantang, dia tidak akan tunjuk muka pada media."

Kata Lisa, Kak Ziana kemungkinan besar tidak akan menagndung lagi memandangkan usianya sudah 41 tahun.

"Ziana juga belum memikirkan nama anak kedua kembarnya."

Rabu, Jun 03, 2009

Album Baru Ramlah Ram - Ketentuan


Album solo ke sebelas Ramlah Ram.....Ketentuan....... penuh transformasi........


Setelah 21 tahun 'setia' bersamanya, sgt terharu pabila namaku turut diabadikan di dalam album kali ini....... sungguh teruja...........Love u RAMLAH RAM - KAU SELALU KUNCI HATI KU

Khamis, Januari 08, 2009

Alahai Kak Melah.......

Salam u olsss
pada kawan2 yg belum berapa ade kat laman blog ni,

2hb jan sekali lagi dipertemukan dgn Kak Melah - Kau 
Selalu Kunci Hatiku (album akan dtg)
dgn menghadiri rakaman Zoom In Variasi sempena kempen pilihanraya kat Ghanu, diselitkan oleh Cek Mek (salam pantai timur) sebagai pengacaranye. sgt menghiburkan celotehnya, x sangka dia punya aura dan bakat tersendiri sebagai pengacara,selain itu,ade Alya (juara HMI 2002 kot),Sarah,Azian Mazuan Sapuan,Faizal AF4,Aizat AF5, and juge pelawak Mr.Os & Osman Kering.

Disamping itu, penyertaan kawan opis (Ajak) sebagai penari latar artis2 malam tu termasuk lagu Kak Melah. Malam tu Kak Melah bawak 2 lagu, Langit Cinta (karya istimewa Hazami) & Maharaja (karya Eddie Hamid) secara live di bawah iringingan band dikepalai Acis (asben Sheila Majid).

Kak Melah nampak seksi sket mlm tu,
tapi yg aku kagum,wlupun umurnye dah cecah 40+++ tetap dapat reach high note dgn tepat!!!
haruslah 'bias' dgn komen ni sebab peminat dia kan......btw tetap sedap dan segar....
Lagu Langit Cinta sgt indah dan bagus susunan serta penyampaian Kak Melah mlm tu...

Pastu plan dgn ahli2 Ramlah Ram Group plan minum2 lepak mcm kebiasaanya,
Rizal (Chairman x rasmi RRG) mencadangkan lepak kat Old Town White Coffee,Bangsar south,
nearby Kpg Kerinchi.
lebih kurang 10 minit dah smpi.(RTM ke situ x jauh)

Aku, ngan Rizal dan Zaiful menemankan aku.
Si Rizal saje je nak join sebab dia kat Brunei susah jumpe Kak Melah.
Mcmtu gak ngan Zaif. Dia nak tgk sendiri live berdepan ngan Kak Melah.

So banyaklah isu yg kitorang diskas masa lepak2 minum. Termasuklah isu lagu Ketentuan tak melangkah ke Semi-final Balada,AJL23 aritu, lagu2 baru Kak Melah, Launching album Mac nanti,pasal launching RRG juge, dsb.....

Sempatlah juga ngirimkan Kak Melah dan rakan2 Note diary padanya. Memasing dapatkan signature eksklusif Kak Melah di muka depan Note Diary berwarna Emas sepeti suara Kak Melah juga.

Kesimpulannya,
Kak Melah tetap dgn kemesraan dan sportingnye melayan karenah kitorang sume.
Itulah Kak Melah dulu, kini dan selamanya KAU KUNCI CINTAKU (Dalam Hatimu)

:-) ceria di tahun baru 2009