Rabu, November 25, 2009

Tumit Tinggi: Lelaki cantik, wanita gagah?

Ok, nak tahu di mana kecantikan lelaki? Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:

  • Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
  • Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
  • Lelaki yang memberi madu sesudah menerima racun.
  • Lelaki yang tenang dan lapang dada.
  • Lelaki yang baik sangka.
  • Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kegagahan seorang wanita bukan pada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:

  • Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
  • Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
  • Perempuan yang tabah menanggung kerinduan selepas ditinggalkan.
  • Perempuan yang tidak meminta-minta supaya dipenuhi segala keinginan.
Hakikatnya, kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Menarik bukan? Kerana itu, jangan hairan apabila melihat lelaki ala-ala lembut (gayanya), yang tak macho, tak kacak (pada paras rupa) menjadi idaman ramai wanita kerana dia cantik di mata wanita. TT nak lelaki cantik...



(EHSAN DARI ARTIKEL )
RUANGAN XY,BERITA HARIAN